Saban tahun jumlah jutawan di dunia kian meningkat. Pada tahun ini jumlah orang kaya di seluruh dunia bertambah dua kali ganda jika dibandingkan sedekad yang lalu.
Jika ditambah semua harta kekayaan mereka, jumlahnya lebih banyak dan lebih kaya daripada 60 peratus penduduk global.
Sebuah laporan yang dikeluarkan badan kebajikan Oxfam, menyatakan wanita di seluruh dunia bekerja 12.5 billion jam sehari tanpa gaji. Jumpa tersebut bernilai lebih kurang AS$10.8 trilion (RM44 trilion) setahun. Angka tersebut tiga kali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan industry teknologi.
"Jurang antara individu kaya dan miskin tidak dapat diselesaikan tanpa dasar yang menghalang ketidaksamaan.
"22 lelaki terkaya di dunia memiliki kekayaan lebih banyak berbanding semua wanita di Afrika. Adalah penting untuk kita sedar bahawa enjin ekonomi yang tersembunyi sebenarnya adalah wanita yang tidak dibayar untuk kerja mereka," kata ketua Oxfam India, Amitabh Behar.
Menurut statistic daripada mereka juga, lebih 2,153 jutawan mempunyai kekayaan lebih daripada 4.6 billion orang termiskin di dunia.
Sumber: Sinar Harian