Orang Dewasa Pun Boleh Terkena Chicken Pox, Semak Puncanya Disini!

Cacar air, atau lebih dikenali sebagai chicken pox, merupakan sejenis penyakit daripada virus varicela-zoster yang kebiasaannya terjadi ketika kanak-kanak.

orang dewasa pun boleh terkena chicken pox, semak puncanya disini!

Namun, adakah penyakit chicken-pox ini boleh terjadi kepada orang dewasa?

 

Sebaik sahaja seseorang itu diserang chicken pox, sistem imun akan menghasilkan antibodi atau vaksin dan akan memberikan perlindungan seumur hidup.

 

Walaupun orang dewasa amat jarang diserang chicken pox, namun jika tidak pernah dijangkiti sewaktu kecil atau tidak mengambil vaksin varicella, mereka masih berisiko untuk dijangkiti

orang dewasa pun boleh terkena chicken pox, semak puncanya disini!

Selain itu, risiko mungkin lebih tinggi jika:

  • Hidup bersama kanak-kanak bawah 12 tahun yang tidak divaksin.
  • Bekerja di sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
  • Menyentuh ruam pesakit cacar air atau kayap.
  • Menyentuh barang yang baru disentuh oleh mereka yang dijangkiti seperti baju.

Simptom cacar air biasanya reda dalam 5 hingga 10 hari, namun ia mungkin akan lebih teruk dalam kalangan dewasa, lebih-lebih lagi mereka yang:

  • Ibu mengandung yang tidak pernah dijangkiti.
  • Mengambil ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun seperti kemoterapi.
  • Menghidap penyakit yang melemahkan sistem imun seperti HIV.
  • Mengambil steroid.
  • Menjalani pemindahan organ.

 

Sekiranya anda dijangkiti dengan cacar air, anda boleh sahaja mendapatkan rawatan di klinik berdekatan anda. Doktor mungkin akan memberikan beberapa ubat-ubatan seperti antiviral, acetaminophen dan losen calamine untuk mengawal simptom yang ada.

 

Sumber: Hello Doktor