Netizen Tak Puas Hati Restoran Makanan Segera Jadi ‘Port’ Pelajar Study Group

Di Malaysia, terdapat banyak restoran makanan segera yang memudahkan orang ramai untuk menikmati pelbagai hidangan tanpa mengira waktu.

 

Restoran makanan segera ini biasanya mempunyai kerusi meja serta perkhidmatan WiFi untuk kegunaan khas para pelanggan mereka.

netizen tak puas hati restoran makanan segera jadi ‘port’ pelajar study group

Meskipun tidak diletakkan syarat siapa dan berapa lama seseorang pelanggan itu boleh duduk sambil menikmati hidangan serta menggunakan perkhidmatan di restoran makanan segera itu, sudah menjadi trend para pelajar untuk belajar beramai-ramai di beberapa restoran terpilih.

 

Antara sebab para pelajar gemar memilih untuk ‘study group’ di restoran makanan segera seperti ini adalah kerana perkhidmatan WiFi yang disediakan secara percuma, makanan serta minuman yang lengkap dan mudah untuk melakukan perbincangan secara berkumpulan.

netizen tak puas hati restoran makanan segera jadi ‘port’ pelajar study group

Bagaimanapun, trend ‘study group’ di restoran makanan segera ini telah menyebabkan ramai pelanggan lain tidak dapat menggunakan meja makan disini hingga menyebabkan mereka terpaksa beralah dengan para pelajar ini dan makan di tempat lain.

 

Luahan ketidakpuasan hati itu diluahkan seorang pengguna Facebook dalam kumpulan Komuniti Putrajaya – Official, baru-baru ini.

 

Ujar pengguna itu, rata-rata pelajar yang melakukan perbincangan berkumpulan di restoran makanan segera itu hanya memesan satu cawan air dan duduk selama berjam lamanya, hingga menyebabkan pelanggan lain tidak dapat menggunakan meja disitu untuk menikmati hidangan mereka.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang turut sama berkongsikan pendapat masing-masing.

 

Apa pula kata anda?

 

Sumber: Facebook Komuniti Putrajaya - Official