Peminat Teruja Netflix Dedah Teaser Ringkas Squid Game Musim Kedua

Selepas mencipta fenomena luar biasa, drama bersiri popular di Netflix, iaitu Squid Game kini akan memasuki musim kedua.

peminat teruja netflix dedah teaser ringkas squid game musim kedua

Menerusi satu teaser ringkas yang dimuatnaik Netflix, ia turut disertakan bersama mesej daripada pencipta, penulis, pengarah dan penerbit eksekutif, Hawang Dong-Hyuk.

 

Meskipun video ringkas itu hanya berdurasi 10 saat dan memaparkan salah satu babak dalam permainan Squid Game sebelum ini, ia sudah cukup membuatkan ramai peminat drama ini berasa teruja menantikan kesinambungan Squid Game.

 

 

“Ia mengambil masa 12 tahun untuk menghidupkan musim pertama Squid Game tahun lepas. Tetapi ia mengambil masa 12 hari untuk Squid Game menjadi siri Netflix paling popular yang pernah ada.

“Sebagai penulis, pengarah dan penerbit Squid Game, laungan besar kepada peminat di seluruh dunia. Terima kasih kerana menonton dan menyukai rancangan kami,” menurut kenyataan pengarah Hwang.

peminat teruja netflix dedah teaser ringkas squid game musim kedua

Menurutnya lagi, watak Gi-hun akan dan Front Man juga akan kembali, bersama dengan watak lain iaitu teman lelaki Young-hee.

.

Squid Game musim kedua ini masih belum ada tarikh rasmi tayangan, namun ia mungkin akan ditayangkan sekitar hujung 2023 atau awal tahun 2024.

.

Sumber: [1]