Lepas Kapal Selam Meletup, Pengasas OceanGate Mahu Hantar Manusia Ke Zuhrah Pula

Beberapa bulan lalu, dunia dikejutkan dengan insiden sebuah kapal selam milik Oceangate meletup dibawah dasar laut ketika ekspedisi melawat bangkai kapal Titanic.

kapal selam bawa pelancong tengok bangkai titanic hilang tiba-tiba

Insiden itu mengorbankan kesemua lima penumpang dalam kapal selam terbabit, selepas serpihan kapal ditemui di dasar laut pada 1,600 kaki dari Titanic.

 

Selepas dua bulan, pengasas bersama Oceangate iaitu Guillermo Sohnlein meluahkan hasrat untuk menghantar manusia ke planet Zuhrah menjelang tahun 2050.

lepas kapal selam meletup, pengasas oceangate mahu hantar manusia ke zuhrah pula

Beliau yang juga pengerusi Human2Venus dilihat komited untuk menghantar sekurangnya 1,000 manusia ke Zuhrah, yang juga merupakan planet paling panas dalam sistem suria.

 

“Menghantar manusia ke Zuhrah adalah satu aspirasi, tetapi saya fikir ia boleh dilakukan menjelang 2050,” katanya.

 

Sumber: Kosmo!