Skill Munabella Translate Bahasa Indonesia Ke Bahasa Korea Dipuji Ramai

Big Stage 2023 merupakan satu program televisyen realiti yang kini sedang ditayangkan di Astro.

lihat reaksi netizen bila elly mazlein dan rina nose disatukan di pentas big stage 2023!

Menampilkan barisan peserta berbakat, Big Stage 2023 kali ini turut menampilkan peserta bukan sahaja dari dalam negara, malah negara luar seperti dari Indonesia, Singapura dan juga Korea.

 

Tidak menjadikan bahasa sebagai halangan, bakat yang dimiliki pengacara, Munabella, mendapat pujian ramai selepas mampu menterjemahkan bahasa Indonesia kepada bahasa Korea ketika juri sedang memberikan komen.

skill munabella translate bahasa indonesia ke bahasa korea dipuji ramai

Dalam konsert mingguan yang baru sahaja diadakan, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Muna dilihat mampu menterjemahkan komen daripada juri dalam bahasa Indonesia kepada bahasa Korea untuk peserta duo Big Stage 2023, Hoon Doo.

 

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kelebihan yang dimiliki Muna ini.

 

“Mau tak berpeluh, juri pun bagi lah pendek-pendek komen baru dia boleh translate”

“Wahhh pandai dia cakap Korea”

“Habis otak kiri kanan semua berfungsi nak translate dari bahasa Indonesua ke Bahasa Melayu ke Korea,” demikian antara komen dari warganet.

 

Untuk info, Hoon Doo adalah peserta dari Korea Selatan yang diwakili oleh Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo. Pasangan duo ini juga telah meraih markah tertinggi pada minggu pertama Big Stage 2023 sebelum ini.

skill munabella translate bahasa indonesia ke bahasa korea dipuji ramai

Sumber: Instagram