Mourinho Pening, Apa Sudah Jadi Dengan Tottenham?

mourinho pening, apa sudah jadi dengan tottenham?

Jose Mourinho mesti tengah pening dengan pasukan dia sekarang ni. Pasukan kendaliannya Tottenham Hotspur berada dalam prestasi buruk ketika ini. Menggelarkan dirinya sebagai ‘The Special One’, Mourinho telah berjaya memenangi trofi dengan semua pasukan yang dikendalikan sebelum ini.

Pengurus kelahiran Portugal itu telah mengendalikan Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, Chelsea sekali lagi dan Manchester United sebelum berhijrah ke Tottenham. Tak payah la kita tanya berapa trofi Mourinho ada, banyak sangat!

mourinho pening, apa sudah jadi dengan tottenham?

Namun perjalanan Mourinho bersama Tottenham tidak selancar dan semudah yang disangka. Tottenham kini berada di kedudukan ke-8 liga. 14 mata di belakang pendahulu, Manchester City. Tapi untuk dapatkan kedudukan 4 terbaik masih mampu dilakukan. Sebab mereka cuma ketinggalan 4 mata di belakang juara bertahan, Liverpool. Ok, EPL memang susah dah la nak menang.

Saingan Piala FA pulak menyaksikan Tottenham tersingkir pada pusingan ke-5. Pasukan kendalian Mourinho tewas 4-5 kepada tuan rumah, Everton dalam perlawanan yang cukup mendebarkan. Tottenham menyamakan kedudukan 2 kali pada perlawanan itu. Ketinggalan 1-3, Tottenham bangkit menyamakan kedudukan 3-3 sebelum penyerang Harry Kane mejadikan kedudukan 4-4 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Sayangnya, pertahanan Tottenham melepaskan gol pada masa tambahan dan akhirnya tewas.

mourinho pening, apa sudah jadi dengan tottenham?

Dalam saingan Liga Europa pula, Tottenham akan beraksi pada pusingan 32 terbaik. Liga Europa ni kita jangan bincang dulu sebab perjalanan masih jauh.

Peluang terbaik Mourinho untuk membawa trofi ke Tottenham ialah Piala EFL. Ye, Tottenham dah layakkan diri ke final dan akan berdepan Manchester City, April depan. City ni bukan lawan yang mudah. Lebih-lebih lagi lepas cipta rekod menang 15 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan ni. Prestasi Tottenham pulak kurang baik. Dalam 5 perlawanan terakhir, mereka tewas 4 kali termasuk ketika berdepan Everton.

Tapi jangan la pandang rendah kepada Mourinho. Dia dah menjuarai Piala EFL ni 4 kali dalam kariernya – 3 kali bersama Chelsea dan sekali dengan Manchester United. Kalau ada pengurus yang mampu cipta kejutan dan menjulang trofi, Mourinho lah orangnya. Kalau Tottenham berjaya menjuarai Piala EFL musim ini, ia bakal merupakan trofi pertama mereka sejak 2008 ketika mereka memenangi kejohanan yang sama.

mourinho pening, apa sudah jadi dengan tottenham?

Tugas Mourinho mungkin akan jadi lebih mudah kalau Gareth Bale tak alami kecederaan. Bale yang dipinjam dari Real Madrid hanya buat 15 penampilan untuk Tottenham dalam semua kejohanan musim ini. Kebanyakannya sebagai pemain gantian. Kalau Bale mampu kekal cergas, sudah pasti gandingannya dengan Harry Kane dan Son Heung Min akan menggerunkan pihak lawan.

mourinho pening, apa sudah jadi dengan tottenham?

Sekali lagi, kita tak boleh nafikan yang Mourinho memang mampu bawa trofi ke Tottenham. Tapi ada satu perkara lagi yang kita kena pertimbangkan. Mourinho memulakan karier sebagai pengurus pada tahun 2000. Sekarang dah 2021. Tempoh 2 dekad sebagai pengurus ni bukan sekejap. Sukan bola sepak ni pulak sentiasa berevolusi. Jadi, adakah Mourinho tak mampu lagi nak sesuaikan diri dan taktikalnya dengan sukan bola sepak sekarang? Dalam kata lain, adakah Mourinho ni dah hilang magisnya?

Jawapannya akan kita ketahui paling cepat April depan. Mampu tak Tottenham tumpaskan Manchester City pada aksi final Piala EFL nanti.

 

Oleh: Karami Kamel