Motor Hilang Di Selayang 12 Tahun Lalu Ditemui Dekat Kuching, Sarawak

Sebuah motosikal yang pernah dilaporkan hilang di Selayang, Selangor sejak 12 tahun lalu, telah ditemui kembali di Kuching, Sarawak.

motor hilang di selayang 12 tahun lalu ditemui dekat kuching, sarawak

Menurut laporan, motosikal jenis Honda EX-5 itu ditemui berada di Sarawak selepas ia dilapor hilang di Selayang 12 tahun lalu.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah, motosikal itu adalah antara 20 kenderaan yang dirampas dalam Op Lejang (Jenayah Curi Kenderaan) Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

 

Ekoran itu, IPD Kuching menjalankan kerjasama dengan IPD Gombak untuk menjalankan siasatan lanjut tentang bagaimana motosikal Honda EX-5 itu berada di Sarawak.

motor hilang di selayang 12 tahun lalu ditemui dekat kuching, sarawak

Jelasnya, siasatan itu juga akan meneliti kemungkinan nombor pendaftaran dan casis motosikal berkenaan telah diklon.

 

Op Lejang IPD Kuching telah dilancarkan sejak 4 Ogos sehingga 4 September lalu, melibatkan 17 pegawai kanan dan 167 anggota.

 

"Selain rampasan, polis turut menahan 21 lelaki berusia antara 17 hingga 57 tahun sepanjang operasi ini.

"Operasi ini berjaya menurunkan sebanyak 25 peratus atau lapan kes kecurian kenderaan di daerah Kuching jika dibandingkan tempoh sama pada bulan Julai 2023," kata beliau.

 

Sumber: Borneo Network