Mo Salah Dan Phil Foden Pemain Terbaik PFA!

Mohamed Salah dinobat sebagai Pemain Terbaik oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Professional, PFA! 

Ini merupakan kali kedua Salah menjulang trofi tersebut selepas pernah memenanginya pada 2018. 

Pemain kebangsaan Mesir tu sekaligus ketepikan pencabarnya yang lain termasuk rakan sepasukan Sadio Mane, pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. 

mo salah dan phil foden pemain terbaik pfa!

Kemenangan Salah ni sebenarnya macam dah boleh jangka sebab dia antara watak penting yang bantu Liverpool menjuarai Piala FA dan Piala EFL musim lalu.  

Baru-baru ni pula Salah dan Son Heung Min memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan masing-masing menjaringkan 23 gol. 

Pemain tengah Manchester City, Phil Foden pula muncul Pemain Muda Terbaik untuk musim kedua berturut-turut. 

mo salah dan phil foden pemain terbaik pfa!

Foden ketepikan calon lain antaranya pemain tengah Arsenal, Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe serta pemain Chelsea, Reece James. 

Foden sertai beberapa nama besar lain yang memenangi anugerah tersebut berturut-turut seperti Ryan Giggs, Robbie Fowler dan Wayne Rooney. 

Kemenangan kedua ini katanya membuktikan dia mampu kekal konsisten dalam corak permainannya bersama City. 

 

Oleh Izzati Amir