Mimpi Ngeri Isteri Bongkar Perbuatan Curang Si Suami, “Dia Mimpi Kepala Lakinya Putus..”

Seorang wanita yang mengalami mimpi ngeri semasa tidur apabila melihat kepala suaminya dipancung, rupanya mendapati lelaki itu telah berlaku curang.

mimpi ngeri isteri bongkar perbuatan curang si suami, “dia mimpi kepala lakinya putus..”

Menurut laporan, wanita dari Thailand bernama Sunisa berkata, semasa mimpinya itu beliau terlihat dengan jelas kepala suaminya dipenggal.

 

Pada mulanya, Sunisa enggan mempedulikan mimpi ngeri tersebut, sebelum beliau gagal menghubungi suaminya pada 15 Jun lalu, membuatkannya berasa bimbang.

 

Selepas berulang kali gagal menghubungi suaminya, Sunisa kemudian cuba menghubungi rakan sekerja suaminya di kilang mereka dekat Nakhon Ratchasima. Bagaimanapun rakan suaminya itu tidak pula terlihat kelibat lelaki itu di tempat kerja.

 

Sunisa kemudian memutuskan untuk menjejaki suaminya selepas cubaan menghubungi lelaki itu gagal. Beliau kemudian terjumpa kereta suaminya di luar sebuah hotel pada waktu tengah malam.

 

Si isteri yang berada dalam kebimbangan berkali-kali menelefon suaminya, sehingga lelaki itu kemudian membuka pintu hotel.

 

Alangkah terkejutnya Sunisa apabila melihat ada wanita lain dalam bilik hotel tersebut, bersama-sama dengan suaminya sendiri.

 

Wanita yang berada dalam bilik hotel itu juga tidak mengetahui lelaki itu sudah berkahwin, meskipun sudah terang dan jelas ada pelekat dalam kereta suaminya menyatakan ‘tempat duduk isteri’.

 

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan nasib rumah tangga pasangan itu, sama ada masih bertahan, mahupun sebaliknya.

 

Sumber: Thaiger