Meta Umum Tutup Aplikasi Messenger Lite Pada September Ini

Aplikasi Messenger Lite digunakan sebagai salah satu fungsi permesejen terus antara pengguna Facebook. Ia lebih ‘ringan’ khasnya kepada pengguna yang mempunyai ruang storan terhad pada telefon pintar, berbanding dengan aplikasi Messenger biasa.

meta umum tutup aplikasi messenger lite pada september ini

Bagaimanapun Meta dalam satu kenyataan memaklumkan aplikasi berkenaan akan mula ditutup sepenuhnya pada 18 September buat semua pengguna Android.

 

Menurut portal 9 to 5 Google:

 

"Bagi sesetengah orang, membuka aplikasi Messenger Lite hari ini akan memaparkan skrin penuh "Gunakan Messenger untuk terus bersembang. Tiada kesan kepada sejarah perbualan. Kami tahu perbualan anda penting, jadi segala-galanya daripada Messenger Lite masih tersedia dalam Messenger."

meta umum tutup aplikasi messenger lite pada september ini

Malah, bermula 21 Ogos, pengguna yang masih menggunakan Messenger Lite pada Android akan dibawa terus kepada Messenger atau FB Lite, menunjukkan bahawa aplikasi Messenger Lite ini bakal ditutup sepenuhnya.

 

Mula dilancarkan pada 2016, Messenger Lite mencatatkan 50 juta muat turun di Play Store dalam masa setahun. Namun seiring dengan teknologi sedia ada, Messenger Lite yang menawarkan fungsi terhad, dilihat sudah tidak relevan lagi kepada kebanyakkan pengguna.

 

Dalam perkembangan lain, Meta turut dilapor akan menutup sepenuhnya sokongan pada SMS untuk Messenger, seawal bulan hadapan.

 

Sumber: Social Media Today