Jangan Tahan, Menangislah, Ia Bantu Anda Rasa Lebih Bahagia

Menangis adalah cara seseorang menunjukkan emosi, bermula daripada kelahiran sehingga kepada kematian, menangis adalah penting tanpa mengira ia positif atau negatif.

jangan tahan, menangislah, ia bantu anda rasa lebih bahagia!

Menurut World Economic Forum, seseorang yang pernah menangis selepas menonton filem sedih akan berasa lebih gembira selepas itu.

jangan tahan, menangislah, ia bantu anda rasa lebih bahagia!

Tambah lagi, di Jepun, seorang guru yang menggelar dirinya guru air mata, Hidefumi Yoshida berkata, tindakan menangis adalah lebih berkesan untuk mengurangkan tekanan, berbanding dengan ketawa.

.

Malah, dalam kajian 30 negara, kebanyakan responden mengaku berasa lebih baik selepas menangis, sementara lebih daripada 70% pengamal klinikal secara aktif menggalakkan pelanggan menangis. Ini disokong dengan fakta bahawa dengan menangis, ia melambatkan pernafasan anda, yang membantu anda berehat, dan merangsang penghasilan endorfin yang baik.

jangan tahan, menangislah, ia bantu anda rasa lebih bahagia!

Anda sudah menangis hari ini?

.

Sumber: Hello Doktor