Amaran Keras Jika Main Bunga Api Lepas Pukul 12 Tengah Malam! - PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar tidak bermain bunga api selepas jam 12 tengah malam hingga menggangu ketenteraman atau membahayakan orang lain kerana tindakan itu adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

main bunga api lepas 12 tengah malam hingga ganggu ketenteraman satu kesalahan – pdrm

Menurut Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika disabitkan kesalahan.

 

"Bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g. Sekiranya dimainkan secara merbahaya boleh mendatangkan kecederaan.

"Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat," katanya.

.

Mana-mana individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

main bunga api lepas 12 tengah malam hingga ganggu ketenteraman satu kesalahan – pdrm

Dalam pada itu, PDRM turut mengingatkan agar masyarakat terutamanya ibu bapa hendaklah mengawai anak-anak ketika bermain bunga api dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana perayaan sekali pun.

 

"PDRM mengingatkan seluruh masyarakat terutamanya ibu bapa, hendaklah mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan," katanya.

 

 

Sumber: Astro AWANI