Liverpool Menang Besar 7-0, Man United Okay Ke Tu?

Amacam harini ada fans MU yang dah kena troll dengan member ke? 

 

Atau ada yang member belanja makan sbb Liverpool menang besar pagi tadi?

 

Kalau ada yang terlepas game menarik EPL pagi tadi, Liverpool belasah Manchester United 7-0!

 

Ini merupakan kemenangan terbesar Liverpool ke atas United dalam sejarah EPL.

liverpool menang besar 7-0, man united okay ke tu?

Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah masing-masing jaringkan 2 gol sebelum Roberto Firmino meledak gol ke-7 untuk The Reds.

 

Nunez dan Gakpo perform betul pagi tadi! 

 

Yelah, sebelum ni asyik kena banyak kecam je sebab kurang jaringkan gol untuk Liverpool.

 

Game pagi tadi juga amat bermakna untuk Salah.

 

Dengan 2 gol yang dijaringkan, Salah muncul penjaring terbanyak Liverpool dalam saingan EPL iaitu sebanyak 129 gol.

liverpool menang besar 7-0, man united okay ke tu?

Habis terpadam rekod legenda The Reds, Robbie Fowler.

 

Berbunga-bunga lah fans Liverpool hari ni.

 

Masuk pasal Manchester United pulak.

 

Apa dah jadi dengan skuad kendalian Erik ten Hag pagi tadi?

 

Mungkin bukan hari yang baik untuk United sebab kehadiran Marcus Rashford dan Casemiro pun tak dapat nak bantu United catat keputusan positif.

 

Ten Hag akui  kecewa dengan prestasi barisan pemainnya.

 

Dia merasakan semua pemain beraksi dengan baik pada separuh masa pertama.

 

Tapi masuk je separuh masa kedua, corak permainan katanya tak professional dan langsung tak melambangkan kehebatan sebenar United.

 

Kalau tengok dekat media sosial, macam-macam komen yang ada pasal game pagi tadi.

 

Video pun ada jugak hahhahahha bab membahan nombor syatuu!

 

 

Penyokong Liverpool dah tentu la happy kan? 

 

Tapi ingat, Liverpool cuma ada peluang untuk naik ke kelompok 4 teratas. Belum naik lagi! 

 

Banyak lagi usaha yang diperlukan untuk game-game seterusnya.

 

Untuk Manchester United pula, kekalahan ni jadi peringatan supaya jangan terlalu confident dengan kedudukan sekarang.

 

Korang juga kena ingat yang langit tak selalunya cerah, ada masanya hujan pada tengah hari. Hahaha.

liverpool menang besar 7-0, man united okay ke tu?

Kena usaha keras kalau nak kejar Arsenal yang kat atas tu.

 

Oleh Izzati Amir