Penyanyi popular, Lisa BLACKPINK baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dilihat berani tampil dengan mengenakan stokin koyak pada bahagian ibu jari kakinya.
Lisa, 26, berkongsi momen itu menerusi Instagram Story, dengan menunjukkan bahagian kakinya yang memakai stokin merah jambu namun koyak pada ibu jari.
Perkongsian itu nyata mendapat pujian ramai, dengan rata-rata peminat menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang merendah diri walaupun sudah menjadi jutawan.
“Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang… Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak.
“Stoking itu saya hadiahkan pada tahun 2020, tak sangka Lisa pakai juga stoking murah pemberian saya,” komen netizen.
Sumber: Instagram @Lisa Blackpink