Lelaki 30-an Maut Lepas Makan Tiram Mentah Tercemar Dengan Bakteria

Seorang lelaki berusia 30-an telah meninggal dunia beberapa hari selepas beliau memakan tiram mentah di sebuah restoran.

lelaki 30-an maut lepas makan tiram mentah tercemar dengan bakteria

Kejadian di Texas itu dipercayai dilapor berpunca daripada tiram mentah yang telah tercemar dengan bakteria.

 

Menurut Dr. Philip Keiser, Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan Galveston County, mangsa terbaru jangkitan bakteria tiram mentah itu telah mempunyai masalah kesihatan serius.

 

"Beliau mempunyai masalah dengan hatinya. Beliau juga mempunyai beberapa masalah lain, dan beliau perlu mengambil ubat yang merendahkan sistem imunnya.

"Keadaan yang beliau alami benar-benar memudahkan jangkitan yang sangat teruk dengan Vibrio vulnificus," katanya.

lelaki 30-an maut lepas makan tiram mentah tercemar dengan bakteria

Beberapa sampel tiram mentah pada 29 Ogos dari restoran berkenaan telah diambil. Mangsa telah dimasukkan ke hospital pada 31 Ogos dan disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

 

Pegawai tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut atau nama restoran itu, tetapi berkata penyiasat sedang berusaha untuk mengenal pasti punca bakteria tersebut.

 

Vibriosis, sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini, boleh menyebabkan mangsa mempunyai simptom seperti mual, muntah, menggigil, dan demam. Kematian biasanya hanya berlaku pada individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, tetapi bakteria ini masih menjadi penyebab 95% kematian berkaitan makanan laut dan mempunyai kadar kematian sebanyak 33%.

lelaki 30-an maut lepas makan tiram mentah tercemar dengan bakteria

Bakteria ini biasanya ditemui dalam air panas pada bulan-bulan musim panas dan tidak boleh ditularkan dari manusia ke manusia. Mereka yang dijangkiti biasanya mula mengalami gejala 12 hingga 72 jam selepas pengambilan dan gejala cenderung muncul dengan cepat.

 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihatkan untuk tidak mengambil makanan laut mentah atau makanan yang bersentuhan dengan makanan laut mentah, jangan berenang di air payau jika terdapat luka terbuka, dan basuh tangan anda sepenuhnya sebelum dan selepas menyediakan makanan laut.

 

CDC turut melaporkan bahawa hampir 80,000 orang mengalami vibriosis di Amerika Syarikat setiap tahun, dan kira-kira 100 orang meninggal dunia akibatnya.

 

Sumber: Fox News