Menjelang sepak mula Liga Malaysia 2023, penyiar rasmi, Astro memperkenalkan bakat-bakat yang akan menghidupkan siaran langsung hari perlawanan.
Legenda Pahang, Dato' Zainal Abidin Hassan akan mengetuai barisan 'pundit' untuk kupasan pra perlawanan, separuh masa dan pasca perlawanan.
Zainal akan disertai B. Sathianathan, Azman Adnan, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Razman Roslan, Shahrom Kalam dan Nizaruddin Yusof.
Siaran langsung akan dihoskan oleh Hafizal Hamad, Botak, Ahmed Shahrazad, Azlan Mubin, Burn, Shukor Adan Faiz Gurun, Keesh Mat Stats dan Elli Famira.
Tugasan ulasan perlawanan pula akan menampilkan kombinasi barisan pengulas baru dan lama diketuai Zainal Abidin Rawop.
Turut serta bekas pemain seperti Dato' Richard Scully, Asmawi Bakiri, Syed Adney dan Hasnizam Uzir serta Aiman Sekaiichi, Wan Khairil Azwa dan Izwan Mohd Noor.
Astro akan membawakan sejumlah 244 perlawanan secara langsung dalam definisi tinggi (HD) bagi saingan Liga Malaysia 2023 menerusi saluan Arena Bola (saluran 803 dan 804).
Ia merangkumi Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Liga Malaysia 2023 akan membuka tirai dengan Perlawanan Sumbangsih antara JDT dengan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 24 Februari ini.
Oleh - Shah Rahimin Rosle