Lebih 210,000 Penerima STR Mula Terima RM600 Hari Ini

Mulai hari ini, 17 Julai 2023, lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih, akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 bagi mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

lebih 210,000 penerima str mula terima rm600 hari ini

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan yang turut berkata memaklumkan pelaksanaan SARA bagi penerima STR di Semenanjung, akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini, manakala penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 7 Ogos ini.

 

"Penerima STR dari Semenanjung akan menerima SARA dalam bentuk bantuan barangan keperluan asas, yang diberikan dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini, dan dimasukkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima, bagi pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.

"Penerima STR dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, akan menerima SARA bermula esok, manakala penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor pula, akan mula menerima bantuan itu 31 Julai," demikian kenyataan MOF tersebut.

lebih 210,000 penerima str mula terima rm600 hari ini

Kenyataan itu turut memaklumkan penerima STR dari Sabah, Sarawak dan Labuan pula, akan menerima SARA dalam bentuk bayaran RM600 sekali gus, menerusi pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

 

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my.

 

Sumber: Astro AWANI