Kutipan Hari Pertama Polis Evo 3 Melebihi Fast X Dua Kali Ganda!

Filem Polis Evo 3 yang mempamerkan aksi komedi tanpa henti terus cemerlang pada hari pembukaan tayangan rasminya semalam dengan kutipan keseluruhan RM3.4 juta, termasuk tayangan awal.

kutipan hari pertama polis evo 3 melebihi fast x dua kali ganda!

Baca: Tewaskan Filem Antarabangsa, Polis Evo 3 Berjaya Raih RM1.3 juta Di Sneak Preview

 

Polis Evo 3 berjaya mengetepikan filem antarabangsa, Fast X dengan kutipan melebihi 2 kali ganda pada Khamis 25 Mei, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam.

kutipan hari pertama polis evo 3 melebihi fast x dua kali ganda!

Bukan itu sahaja, Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, turut tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam dan rata-rata penonton berkongsi reaksi positif.

 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang kembali dengan misi terbaru. Kali ini, mereka turut disertai oleh Inspektor Dani, Inspektor Julie, dan Inspektor Dell yang memiliki kepakaran yang berbeza. Keadaan menjadi rumit apabila Inspektor Khai menjadi sasaran seterusnya. Persahabatan antara Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila mereka menyedari bahawa suspek yang mereka buru mempunyai kaitan dengan kisah lama Inspektor Khai.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Filem Polis Evo sebelum ini telah mencatatkan kejayaan dengan menjadi filem tempatan pertama yang mencapai kutipan box office melebihi RM18 juta pada tahun 2015. Manakala, Polis Evo 2 pula mencapai kutipan box office sebanyak RM23 juta pada tahun 2018.

 

Jelajah Polis Evo 3 akan berlangsung pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu dan Pahang, 2 Jun di Seremban, 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, dan Perak, serta 8, 9, 10, 11 Jun di Singapura, Johor, dan Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk akaun media sosial Astro Shaw.