Sambut Ulang Tahun Ke-8 Cuckooo dengan Dato' Sri Siti Nurhaliza & Lee Min Ho!

Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah mengumumkan anjuran konsert ulang tahun berjudul Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th yang akan menyaksikan penampilan duta jenamanya, Lee Minho dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 1 Oktober ini di Axiata Arena, Bukit Jalil!

sambut ulang tahun cuckooo dengan dato' sri siti nurhaliza & lee min ho!

Lebih mengujakan, konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 ini bakal mementaskan artis terkemuka seperti Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Dato' Jamal Abdillah, Misha Omar, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menggegarkan lagi pentas konsert CUCKOO.

 

“Dalam situasi pandemik yang terkawal ini, kami berasa ini adalah masa yang tepat bagi kami untuk menganjurkan sebuah konsert untuk meraihkan semangat teguh Rakyat Malaysia dalam menentang pandemik. 

“Selain daripada itu, konsert ini juga diadakan bagi memberi penghargaan atas sokongan CUCKOO Family, pelanggan-pelanggan dan peminat-peminat kami selama ini. Tiadanya anda, tiadanya CUCKOO. 

“Dengan itu, konsert ini boleh dikatakan bukan sekadar konsert ulang tahun sahaja, tetapi ia juga merupakan sebuah konsert penghargaan dan merupakan sebuah hadiah dari kami kepada semua. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda,” kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif CUCKOO International, En KC Hoe (Hoe Kian Choon).

Tiket Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th boleh didapatkan dengan penyertaan Peraduan  CUCKOO Appreci8th sebelum 14 September 2022 atau dimenangi menerusi peraduan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh rakan media rasmi konsert - ERA, GEGAR, SINAR dan ZAYAN.

Untuk maklumat lanjut tentang Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th Anniversary Concert, orang ramai boleh layarihttps://www.cuckoo.com.my/appreci8th .