‘Lautan Merah Jambu’ Di Stadium Bukit Jalil, Konsert BLACKPINK Meriah!

Konsert yang paling ditunggu-tunggu tahun 2023, Born Pink di Malaysia telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

‘lautan merah jambu’ di stadium bukit jalil, konsert blackpink meriah!

Para peminat dilihat mula berkumpul di perkarangan stadium seawal jam 10 pagi, meskipun pintu masuk untuk peminat dibuka pada lewat petang.

 

@501awani Ramai dah beratur min tengok.. apa-apa pun siapa yang berada di kawasan Bukit Jalil jangan lupa rancang perjalanan anda. Sebab ada dua konsert hari ni ❤️‍🔥 #AWANInews #sembangentertainment ♬ Pink Venom - BLACKPINK

 

Puluhan ribu peminat BLACKPINK atau lebih dikenali sebagai ‘Blinks’ telah memenuhi ruang tempat duduk penonton dalam venue berkenaan, hingga kelihatan bagaikan lautan merah jambu saat lampu dipadam sebelum konsert bermula.

 

 

 

 

 

 

Ini merupakan konsert kedua BLACKPINK di Malaysia, dengan kali pertama adalah pada 2019 menerusi konsert Blackpink World Tour: In Your Area.

 

 

 

 

BLACKPINK dianggotai oleh Jennie; Lisa; Jisoo; serta Rose.

 

Sumber: Twitter