KKM Pantau Kes Bahan Siklamat Dalam Baby Nanas Import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini meningkatkan pemantauan ke atas buah nanas kecil atau baby nanas yang diimport bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan pemanis siklamat.

kkm pantau kes bahan siklamat dalam baby nanas import

Menurut rekod, KKM telah menjalankan ujian keatas 115 sampel buah nanas dan 11 daripadanya didapati mengandungi siklamat.

 

Siklamat (cyclamate) adalah sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali lebih daripada gula sukrosa.

kkm pantau kes bahan siklamat dalam baby nanas import

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Norrani Eksan menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) yang menjalankan pemantauan buah nanas itu sejak 2017 lagi.

 

Menurut kod standard GSFA (Codex General Standard for Food Additives), siklamat hanya dibenarkan ditambah dalam makanan tertentu seperti jem, produk koko dan hasilan coklat dan dilarang pada produk buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.

 

Jika didapati bersalah atas kesalahan meletakkan siklamat pada buah nanas misalnya, denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tidak lebih tempoh lima tahun, atau kedua-duanya sekali, seperti yang termaktub dibawah Akta Makanan 1983.

 

Menurut laman SFGate, kesan daripada konsumasi siklamat secara berlebihan boleh menyebabkan risiko penyakit kanser. Namun isu siklamat penyebab kanser sebenarnya masih lagi kontroversi dan menjadi perdebatan dalam dunia sains.

 

Sumber: Bernama