Khairul Aming Tolak Tawaran Berlakon dan Menyanyi, Mahu Fokus Bidang Sekarang

Pencipta kandungan tersohor tanah air, Khairul Aming, baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri selepas memenangi anugerah besar, menerusi sebuah acara yang dipertandingkan.

nasihat khairul aming untuk anak muda nak jadi content creator raih pujian ramai

Khairul Aming yang dikenali menerusi kandungan masakan khasnya ketika bulan Ramadan berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi seorang pelakon atau penyanyi, meskipun pernah mendapat tawaran sebelum ini.

 

Menurut pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 31, beliau akui menolak tawaran-tawaran untuk berlakon mahupun menyanyi itu kerana mahu memberi fokus kepada apa yang dilakukannya kini, agar kekal relevan dalam industri.

 

“Banyak tawaran yang saya terima, tapi saya terpaksa tolak. Saya bermula secara online.

“Saya tak mahu lari bidang daripada mana saya mula sebab di sinilah pengikut menyokong saya. Kalau ada masa mungkin saya akan cuba masuk TV di masa akan datang.

“Namun menyanyi dan berlakon semestinya tidak. Mungkin hanya program di bulan Ramadan,” kata beliau yang juga kini menjalankan perniagaan Sambal Nyet.

khairul aming tolak tawaran berlakon dan menyanyi, mahu fokus bidang sekarang

Malah, beliau juga tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana program realiti televisyen kerana menghargai para peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

 

Terdahulu, Khairul Aming dalam ucapannya di pentas menasihatkan anak-anak muda supaya fokus kepada pelajaran terlebih dahulu sebelum menjadi pencipta kandungan yang baik dalam menghasilkan karya hebat.

 

Sumber: Mstar (Farol Hadi)