Kes Jangkitan COVID-19 Bertambah, Kluster Pendidikan Naik Mendadak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat sebanyak 24.1 peratus pada minggu epidemiologi 13/2023 berbanding minggu epidemiologi 12/2023.

kes jangkitan covid-19 bertambah, kluster pendidikan naik mendadak

Peningkatan turut dicatatkan bagi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 untuk katil bukan kritikal dan juga peratusan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu dari 25 Jan 2020 hingga 1 April 2023 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,052,337 kes;

Kumulatif kes sembuh: 5,004,546 kes; Purata kes aktif: 10,324 kes;

Kumulatif kes kematian: 36,984 kes; dan

Kumulatif kluster: 7,183 kluster (kluster aktif: 11 kluster).

 

Menurut KKM, terdapat peningkatan mendadak bagi kluster pendidikan pada ME 13/2023.

kes jangkitan covid-19 bertambah, kluster pendidikan naik mendadak

“Dari ME 1/2023 hingga ME 13/2023, terdapat sejumlah 18 kluster telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 11 merupakan kluster pendidikan, lima (5) kluster kumpulan berisiko, dan dua (2) kluster pusat tahanan.

“Berdasarkan kluster yang dilaporkan, didapati terdapat peningkatan mendadak kluster pendidikan pada ME 13/2023. Daripada 11 kluster pendidikan yang dilaporkan, enam (6) kluster melibatkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu tiga (3) kolej dan masing-masing satu (1) sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh, dan sekolah menengah, manakala lima (5) lagi kluster merupakan kluster pendidikan lain iaitu empat (4) maktab dan satu (1) taska,” demikian menurut KKM.

kes jangkitan covid-19 bertambah, kluster pendidikan naik mendadak

Ujar KKM, peningkatan kes dan kluster COVID-19 pada ketika ini adalah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac 2023 dan juga disebabkan pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah lalu.

 

Justeru, KKM menyarankan agar ujian saringan dijalankan khasnya kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang menunjukkan gejala atau simptom, selain menasihatkan ibu dan bapa agar memantau status kesihatan anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah.

kes jangkitan covid-19 bertambah, kluster pendidikan naik mendadak

Tambah KKM lagi, individu yang layak disarankan untuk segera mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19. Bagi individu yang berumur lima (5) tahun sehingga tujuh belas (17) tahun pula, boleh mendapatkan dos penggalak pertama. Manakala, bagi mereka yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas, boleh mendapatkan dos penggalak kedua. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi.

 

Sumber: KKM