EPIC Bersama Kementerian Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Masyarakat Lancarkan Kempen “Malaysian Women Unite”

epic bersama kementerian wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat lancarkan kempen “malaysian women unite”

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakay bersama EPIC telah melancarkan satu kempen “Wanita Malaysia Bersatu Padu”.

 

Objektif utama kempen ini adalah bagi menggalakkan penyatuan di antara rakyat Malaysia terutama sekali kaum wanita melalui program khidmat masyarakat. Kempen yang dijalankan buat pertama kalinya ini menyasarkan untuk mengeratkan lagi institusi kekeluargaan dengan memastikan setiap keluarga menerima keperluan asas terutama sekali mereka yang tinggal di rumah perlindungan.

 

Kempen ini juga merupakan platform kepada rakyat Malaysia untuk membantu keluarga yang memerlukan. Kempen ini menyasarkan kutipan daripada orang ramai berjumlah RM850,000 melalui platform Sedunia dan juga tajaan daripada pihak korporat.

 

Dana ini akan disalurkan kepada Epic Home, sebuah badan yang membina rumah untuk 17 keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Kelubi, Rawang. Sebuah agensi di bawah kementerian, Yayasan Kebajikan Negara telah bersetuju untuk membantu untuk menyalurkan dana. Selain itu, antara tajaan yang diterima adalah daripada Love Force House of Charity dan juga orang perseorangan, Ms Lim May Jian.

 

Selain daripada sumbangan secara tunai, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk terlibat secara langsung dengan membina rumah tersebut. Dengan menggunakan teknologi pembangunan pantas, sebuah rumah dijangka dapat disiapkan dalam masa tiga hari. Maka, setiap sebuah rumah akan dibina apabila jumlah kutipan mencecah RM 50,000.

 

Sebagai permulaan kepada kempen  ini, sebuah rumah telah pun dibina bermula 28th Februari hingga 1st march. Rumah tersebut telah dibina oleh 45 orang yang terdiri daripada pasukan Kementerian dan juga orang awam.

 

Kempen ini akan berlansung selama tiga bulan bermula 1 Mac hinggalah 31st Mei 2020. Untuk maklumat lanjut, boleh lah korang lawat www.malaysianwomenunite.org atau untuk menyertai kempen ini.