Kelayakan Euro 2024: Ronaldo Dan Kane Cipta Rekod Baru!

Aksi kelayakan Euro 2024 dah pun bermula. 

 

Awal pagi tadi dah ada game untuk pasukan besar macam Portugal, Itali, England dan Denmark.

 

Portugal menang besar pagi tadi, belasah Liechtenstein 4-0!

 

Cristiano Ronaldo jaringkan 2 gol, Joao Cancelo dan Bernardo Silva masing-masing 1 gol.

 

Yang bestnya, Ronaldo cipta rekod baru lagi.

kelayakan euro 2024: ronaldo dan kane cipta rekod baru!

Superstar bola sepak tu kini muncul sebagai pemain paling banyak penampilan pada peringkat antarabangsa.

 

Game pagi tadi merupakan game ke-197 Ronaldo untuk Portugal. Lagi sikittt nak sampai 200 kan.

 

2 gol tadi juga menjadikan jumlah gol Ronaldo kepada 120 gol pada peringkat antarabangsa!

 

Harry Kane pun tak kurang hebatnya.

 

Kane jaringkan 1 gol pagi tadi untuk bantu England kalahkan Itali 2-1.

 

Gol pagi tadi merupakan gol ke-54 Kane untuk England.

kelayakan euro 2024: ronaldo dan kane cipta rekod baru!

Jumlah gol tu sekaligus angkat nama Harry Kane sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman England mengatasi rekod Rooney yang miliki 53 gol.

 

Powerrrr!

 

Ini juga merupakan kali pertama skuad The Three Lions menang di Itali dalam tempoh 61 tahun!

 

Lama betullll

 

Esok ada beberapa lagi game tumpuan antaranya Perancis lawan Belanda.

 

Boleh la tengok sambil sahur tu kan.

 

Mana tau ada rekod baru lagi tercipta.

 

Oleh Izzati Amir