Kawah Misteri Ditemui Dekat Dengan Bangkai Kapal Selam KRI Nanggala-402

Susulan pencarian kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali, satu kawah misteri dengan diameter 38 meter juga telah ditemui.

kawah misteri ditemui dekat dengan bangkai kapal selam kri nanggala-402

Penemuan kawah misteri itu dikesan Kapal Tan Suo Er Hao milik China yang membuat tinjauan bawah laut bagi mengangkat kapal selam itu ke daratan.

 

Menurut Panglima Komando Armada (Pangkoarmada) II Laksamana Muda Iwan Isnurwanto berkata, kawah berkenaan mempunyai kedalaman kira-kira 10 hingga 15 meter, namun isi kandungan kawah itu belum dikenalpasti.

 

"Tan Suo Er Hao membuat tinjauan dasar laut yang dalamnya 839m dan apa yang mereka dapati daripada imbasan bawah laut dengan lebar 2.5m dan panjangnya 3.7m tidak jauh beza daripada data yang diberikan KRI Rigel.

"Melalui imej dipaparkan, kita juga boleh melihat bow section serta sail section yang ada tulisannya serta stern section.

"Pada masa sama, mereka menemukan kawah lebarnya kira-kira 35m dengan kedalaman 10 hingga 15 m yang sampai sekarang kita tidak tahu apa sebenarnya kawah itu," katanya.

 

Hasil tinjauan turut menumpukan kawah berdekatan bangkai KRI Nanggala-402 selain memperluaskan pencarian imej sobnar bagi mencari bahagian kapal yang masih belum ditemui hingga sekarang.

 

Terdahulu, KRI Nanggala 402 telah terputus hubungan kira-kira jam 4.25 pagi ketika misi latihan penembakan torpedo sebelum dilaporkan pecah tiga bahagian di dasar laut Bali dan mengorbankan kesemua 53 anak kapalnya.

 

Sumber: Detik.com