Kapal Selam Meletup Berhampiran Bangkai Titanic, Lima Penumpang Maut

Misi pencarian kapal selam pelancong yang membawa lima penumpang untuk meneroka bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, kini berakhir.

kapal selam meletup berhampiran bangkai titanic, lima penumpang maut

Menurut laporan, kapal selam Titan yang hilang sejak Ahad lalu, dipercayai meletup berdekatan dengan Titanic, menyebabkan kesemua lima orang penumpang kapal selam berkenaan maut.

 

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, kesemua ahli keluarga mangsa juga telah dimaklumkan berkenaan insiden ini.

kapal selam meletup berhampiran bangkai titanic, lima penumpang maut

Katanya, serpihan kapal selam berkenaan telah ditemui pasukan pencarian dan penyelamat berdekatan Titanic, sekaligus menjadi petunjuk pencarian Titan telah berakhir.

 

Bahagian ekor Titan bersama serpihan lain ditemui kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic, yang berada pada kedalaman 4,000 meter di bawah laut.

 

@starfieldstudio Submarine implosion demonstration. Educational #submarine #titan #titanic ♬ Amityville Horror Scary Halloween Sound Effects

 

Mangsa yang terlibat adalah Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush; ahli perniagaan Pakistan-Britain, Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood; jutawan British Hamish Harding dan peneroka berusia 77 tahun, Paul-Henri Nargeolet.

kapal selam meletup berhampiran bangkai titanic, lima penumpang maut

OceanGate sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan ekspedisi itu telah mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.

 

Sumber: Astro AWANI / DailyMail