Kane Berang!

kane berang!

Harry Kane dilapor berang dengan pihak pengurusan Tottenham yang dipercayai enggan membenarkan dia berhijrah. Menurut laporan media England, Manchester City telah menawarkan 125 juta pound kepada Tottenham untuk dapatkan khidmat Kane namun tidak diendahkan pengerusinya, Daniel Levy.

kane berang!

Tindakan Levy itu mengecewakan Harry Kane yang merupakan antara penyerang prolifik Eropah ketika ini. Biarpun merupakan antara penyerang terhebat dunia, Kane masih belum memiliki sebarang trofi sepanjang kariernya bersama Tottenham.

kane berang!

Kane kecewa dengan tindakan Levy kerana kerana kedua-duanya telah mengadakan perjanjian musim lalu. Antara yang dimeterai dalam perjanjian itu ialah Kane dibenarkan untuk berhijrah sekiranya Tottenham gagal memenangi sebarang trofi atau gagal layakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara. Rasanya peminat bola sepak terutamanya yang mengikuti perkembangan EPL tahu yang Tottenham sepatutnya lepaskan Kane musim ini.

kane berang!

Pihak Kane percaya semua ini berpunca daripada masalah komunikasi yang berlaku ketika penyerang itu melanjutkan tempoh cutinya untuk ke Bahamas. Kane difahamkan dia dibenarkan untuk memanjangkan tempoh percutiannya selepas jadual perlawanan yang padat musim lalu selain beraksi pada EURO 2020 bersama England. Namun, penyerang itu tidak dimaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan berbuat demikian.

kane berang!

Disebabkan perkara ini, segelintir penyokong Tottenham berasa tidak puas hati terhadap Kane. Ketika Tottenham tumpaskan Manchester City 1-0 minggu lalu, penyokong mula mengeluarkan kata-kata “adakah anda menonton Harry Kane?” ketika perlawanan menuju ke penghujung. Penyerang yang bakal menyambut hari jadi ke-29 nya 28 Julai ini bagaimanapun cuba untuk memenangi semula hati penyokong Tottenham dan berharap mereka faham keinginannya untuk berhijrah adalah untuk memenangi kejuaraan.

kane berang!

Rasanya, transfer saga Harry Kane ini tidak akan tamat dalam masa terdekat. Pemerhati bola sepak juga pasti ternanti-nanti kesudahannya – adakah Harry Kane akan kekal atau menyarung jersi pasukan lain?

 

Oleh: Karami Kamel