Kanak-Kanak Di New York Disaran Pakai Pelitup Muka Selama-lamanya

Pesuruhjaya Kesihatan New York, Dr. Ashwin Vasan telah mencetuskan kemarahan ramai selepas beliau menyarankan agar kanak-kanak bawah usia lima tahun perlu memakai pelitup muka untuk selama-lamanya.

kanak-kanak di new york disaran pakai pelitup muka selama-lamanya

Menurut beliau, ia dibuat susulan golongan demikian yang belum menerima suntikan vaksin dan bagi memastikan keselamatan mereka.

 

Namun cadangan itu dibangkang ramai kerana ia bertentangan dengan trend negara yang kini melonggarkan kewajipan pemakaian pelitup muka kerana banyak bukti menunjukkan kanak-kanak kurang risiko jangkitan COVID-19.

 

Bagaimanapun Dr Ashwin berkata, beliau yang juga bapa kepada tiga anak hanya mahu memastikan keselamatan kanak-kanak sebaiknya.

kanak-kanak di new york disaran pakai pelitup muka selama-lamanya

“Sudah pasti saya tidak akan hantar saya ke pusat jagaan harian tanpa pelitup muka.

“Sebagai saintis, doktor dan pakar epidemiologi, saya mahu memastikan kanak-kanak selamat kerana mereka belum layak menerima vaksin lagi,” katanya.

 

Kenyataan Dr Ashwin ini menimbulkan kemarahan ibu dan bapa di New York yang berdepan kesukaran bagi memastikan anak mereka sentiasa memakai pelitup muka.

 

Sehingga kini, setiap negeri di Amerika Syarikat termasuk California sudah menarik arahan pemakaian pelitup muka sejak minggu lalu.

 

Sumber: [1]