Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pilihan raya umum peringkat negeri (PRN) kali ke-15 di enam buah negeri akan diadakan.
Enam negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, pada 12 Ogos 2023.
.
Baca: Tak Tahu Undi Dekat Mana PRN 2023? Ini Cara Semak Pusat Mengundi
Semasa proses mengundi, setiap pengundi perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri mereka kedalam dakwat berwarna ungu, sebagai tanda sudah membuang undi, selaras dengan Peraturan-Peraturan Perjalanan Pilihan Raya 1981, Peraturan 19 (4).
Kertas undi yang dibuang haruslah bersih dan tidak mempunyai sebarang tanda kotoran seperti dakwat melekat padanya.
Persoalannya, jika seseorang itu menulis dengan tangan kiri atau kidal, jari mana yang perlu dicelup dalam dakwat ini, jari tangan kanan atau kiri?
Menurut Peraturan 19, pengundi kidal masih perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri mereka kedalam dakwat ungu, sebelum mereka dibenarkan membuang kertas undi masing-masing.
Adapun begitu, sekiranya seseorang pengundi itu tidak mempunyai sebarang jari pada sebelah kiri, maka dibenarkan untuk menggunakan jari pada tangan sebelah kanan, demikian menurut apa yang termaktub dalam Peraturan 19 (13).
Info lanjut, rujuk laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sumber: SPR / Peraturan-Peraturan Pilihan Raya