Pengguna TikTok Kini Boleh Jual Video Premium Mereka Menerusi ‘Series’

Aplikasi sosial popular di dunia, TikTok kini memperkenalkan satu lagi fungsi yang mana penggunanya boleh menjual episod premium mereka kepada pengikut masing-masing.

pengguna tiktok kini boleh jual video premium mereka menerusi ‘series’

Menerusi ‘Series’, pencipta kandungan kini boleh berkongsi koleksi video premium yang mana ia boleh dibeli oleh pengikut mereka pada harga yang ditentukan.

pengguna tiktok kini boleh jual video premium mereka menerusi ‘series’

Setiap ‘Series’ boleh memuatkan sehingga 80 video yang mana setiap video mencecah durasi maksimum 20 minit. Buat masa ini, setiap video yang dikongsikan di Tiktok hanya dihadkan maksimum 10 minit sahaja.

 

@tiktoknewsroom

Introducing TikTok Series 🥁 Our new premium feature enables creators to post Collections of up to 80 videos, each up to 20 minutes long 🙌

♬ original sound - TikTok Newsroom

 

Pencipta kandungan TikTok juga boleh memilih harga untuk ‘Series’ mereka. Kandungan boleh dibeli melalui pautan dalam video terus atau melalui halaman profil pencipta. Syarikat itu berkata lagi, sama seperti semua kandungan video di TikTok, video Series mesti mematuhi piawaian garis panduan komunitinya.

pengguna tiktok kini boleh jual video premium mereka menerusi ‘series’

Sumber: Tiktok Newsroom