Kala jengking adalah haiwan berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa. Sehingga kini terdapat 1,752 spesis kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia.
Bisa kala jengking yang boleh membunuh rupanya sangat bernilai tinggi sehingga mampu mencecah sehingga RM50 juta untuk setiap liter bisa haiwan ini.
Menurut laporan, bisa kala jengking yang dikumpulkan adalah bagi dimanfaatkan dalam industri perubatan.
Dengan menggunakan penyepit khas, petugas akan mengambil kala jengking dari kotak dan seterusnya memicit kantung bisa pada ekor haiwan itu. Setiap titisan bisa itu akan diteliti dan dikumpulkan dalam bekas dan kemudian dibeku seterusnya diolah menjadi serbuk untuk dijual.
Seekor kala jengking boleh menghasilkan kira-kira satu miligram bisa, dan makmal pembiakan di Sainlurfa, tenggara Turkiye ini boleh mendapatkan sehingga 2 gram bisa sehari.
Bisa kala jengking biasanya akan digunakan dalam proses pembuatan kosmetik, ubat penahan sakit dan antibiotik.
Sumber: Awani