Ini Jangkaan Tayangan Squid Game 2 Menurut Pengarah, ‘‘Saya Baru Tulis 3 Muka Surat Skrip..’’

Siri televisyen drama survival Korea Selatan, Squid Game yang pernah mencipta fenomena global pada 2021, kini bakal memasuki musim kedua.

ini jangkaan tayangan squid game 2 menurut pengarah, ‘‘saya baru tulis 3 muka surat skrip..’’

Menurut pengarahnya, Hwang Dong-hyuk, beliau bagaimanapun masih belum menulis skrip untuk musim kedua ini dan tidak mungkin drama itu akan ditayangkan pada tahun ini.

.

Katanya lagi, besar kemungkinan Squid Game 2 akan dikeluarkan sebelum lewat 2024.

ini jangkaan tayangan squid game 2 menurut pengarah, ‘‘saya baru tulis 3 muka surat skrip..’’

“Saya perlu mula bekerja untuk musim kedua. Mudah-mudahan saya dapat menunjukkannya kepada peminat pada penghujung 2024,” kata pengarah dan penulis Korea Selatan itu pada festival MIPTV di Cannes di Perancis.

.

Beliau juga mengaku hanya sempat menulis tiga muka surat skrip untuk drama survival ini.

.

“Ia adalah neraka. Mungkin musim kedua akan menjadi siri terakhir saya,” katanya sambil ketawa.

.

Menurut Netflix, sebanyak 142 juta pelanggan telah menonton rancangan itu setakat Oktober 2021, iaitu kira-kira dua pertiga daripada penggunanya serata dunia.

ini jangkaan tayangan squid game 2 menurut pengarah, ‘‘saya baru tulis 3 muka surat skrip..’’

Kejayaan luar biasa Squid Game turut memberi peluang Hwang untuk idolanya, Steven Spielberg, yang memberitahunya dia juga telah menonton keseluruhan episod itu dalam tiga hari.

"Dia kata dia nak curi otak saya," kata Hwang.

.

Sumber: [1]