JAKIM Nafi Keluarkan Kalendar Poster Tarikh Hari Raya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kenyataan yang tular mengenai tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023M.

jakim nafi keluarkan kalendar poster tarikh hari raya

Menurut JAKIM, pihaknya menasihatkan umat Islam supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.

 

Ujarnya, tarikh hari raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

 

“JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.”

 

Terdahulu, tular di media sosial satu tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam termasuklah hari raya Aidilfitri.

jakim nafi keluarkan kalendar poster tarikh hari raya

Poster itu juga memaparkan logo rasmi JAKIM dan nama laman rasmi media sosial JAKIM iaitu MyJAKIM.

 

Kegusaran orang ramai timbul berikutan ‘raya terkejut’ yang pernah menggemparkan negara pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu.

 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM