Akibat malas dan keengganan seorang suami mencuci akuarium berisi ikan arowana, si isteri kemudian bertindak diluar jangka dengan menggoreng ikan-ikan tersebut.
Memetik laporan dari Suara.com, wanita itu bertindak demikian kerana geram dengan perangai suaminya.
Wanita itu pada mula meminta suaminya membersihkan akuarium itu kerana sudah terlalu kotor, namun ia tidak diendahkan lelaki tersebut.
Disebabkan tidak tahan lagi dengan sikap suaminya itu, tambah pula akuarium yang sudah kotor membuatkan isteri membersihkan akuarium itu sendiri.
Namun si isteri tidak tahu cara yang betul untuk mencuci akuarium tersebut, lalu menyebabkan ikan-ikan menjadi mabuk.
Oleh demikian, wanita itu kemudian menggoreng ikan-ikan itu dan tidak pula menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah menjadi lauk hidangan.
Video yang dimuatnaik di akaun TikTok milik @miakurniawan10 itu telah mendapat jutaan tontonan dan puluhan ribu tanda suka dengan pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: [1]