Instagram Perkenal Fungsi Kongsi Hantaran Di Feed Hanya Pada ‘Close Friend’

Instagram kini memperkenalkan satu lagi ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi hantaran feed mereka secara eksklusif dengan "Close Friend" mereka sahaja.

instagram perkenal fungsi kongsi hantaran di feed hanya pada ‘close friend’

Sama fungsinya seperti yang ada pada Instagram Stories yang pernah diperkenalkan pada tahun 2018, pengguna boleh membuat hantaran video, gambar mahupun Reel sama ada kepada umum mahupun rakan rapat (Close Friend) mereka sahaja.

instagram perkenal fungsi kongsi hantaran di feed hanya pada ‘close friend’

Kemaskini ini sejajar dengan trend pertumbuhan terhadap hubungan dalam kumpulan peribadi di platform media sosial, kerana pengguna Instagram kini lebih banyak berkongsi kandungan melalui mesej terus (DM) daripada pos awam atau Stories.

 

Ketua Instagram, Adam Mosseri, telah berusaha memperkenalkan ciri yang menyesuaikan diri dengan trend ini, seperti post berkolaborasi, koleksi post dalam perbualan, serta Note. Berkongsi post secara eksklusif dengan Close Friend adalah satu langkah lagi dalam arah ini, menjadikan pengguna lebih selesa berkongsi dengan kumpulan individu yang dipercayai.

 

Walaupun perubahan ini bukanlah perubahan yang besar, ia memberikan pengguna pilihan lain untuk terlibat dalam perbualan berkumpulan yang lebih privasi. Yang penting, ciri ini tidak memberi kesan kepada tetapan penonton Facebook apabila berkongsi dari Instagram.

 

Sumber: Social Media Today