Satu kajian menerusi data yang diperoleh aplikasi janji temu popular, Hinge mendedahkan lelaki dan wanita yang mendedahkan status lengkap vaksinasi COVID-19 lebih mudah untuk mendapat pasangan berbanding mereka yang menyembunyikannya.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa orang bujang yang memaklumkan sudah lengkap vaksinasi pada profil mereka akan mendapat lebih 30 peratus padanan berbanding mereka yang merahsiakan butiran demikian.
Selain Hinge, aplikasi janji temu lain seperti Plenty of Fish turut mendedahkan perkara serupa, dengan 37 peratus daripada orang bujang di Britain melihat vaksinasi sebagai daya tarikan untuk mencari pasangan.
“Gambar anda memakai pelitup muka, topi atau cermin mata hitam tidak akan menunjukkan prestasi sebaik imej anda yang boleh dilihat dengan jelas.
“Begitu juga sikap terbuka tentang status vaksinasi yang dilihat mendapat makluman positif. Anda akan dianggap sedar terhadap tanggungjawab sosial. Bagaimanapun, rata-rata warga Britain akan merasa kekok untuk bertanya pasangan temu janji mereka sama ada sudah divaksin atau tidak,’’ jelas Quinn.
Menurutnya, status vaksinasi adalah perkara yang kurang ditanya kerana orang ramai bimbang mempunyai perbezaan pendapat.
Sumber: [1]