Ibu Bapa B40, M40 Boleh Mohon Car Seat Percuma Untuk Anak. Ini Caranya!

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau child seat adalah bagus bagi menjamin keselamatan mereka ketika dalam perjalanan di dalam kenderaan.

ibu bapa b40, m40 boleh mohon car seat percuma untuk anak. ini caranya!

Ia dapat melindungi si kecil terutamanya bayi yang mudah terdedah kepada kecederaan serius, andai berlakunya kecelakaan semasa pemanduan.

 

Menurut statistik, sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak bawah usia 10 tahun dari 2007 hingga 2017. Disebabkan itu, pada Januari 2020, kerajaan telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

 

Tahukah anda, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melancarkan insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) kepada golongan B40 dan M40, dengan subsidi sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan di kedai terpilih.

 

Terdapat beberapa info berkaitan MyCRS yang perlu anda ketahui:

 

1. Siapakah yang layak untuk menerima insentif MyCRS 2023?
a) Isi rumah kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
b) Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
c) Warganegara yang menetap di Malaysia.

2. Anda boleh menyemak kelayakan bagi insentif MyCRS 2023 melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

3. Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.

4. Anda yang layak boleh menebus insentif ini dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

5. Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

6. Antara dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

a) Salinan MyKad pemohon; DAN

b) MyKid/ Sijil lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU

c) Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung atau Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

7. Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

8. Ini bermakna, kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi yang berharga RM150 dan ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

9. Hanya satu kerusi keselamatan kanak-kanak diperuntukkan bawah program insentif ini untuk satu isi rumah.

10. Tempoh penebusan adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.

ibu bapa b40, m40 boleh mohon car seat percuma untuk anak. ini caranya!

Semoga bermanfaat buat anda yang memerlukan demi keselamatan si kecil tersayang!

 

Sumber: SinarPlus