Hati-Hati Dengan Penipuan ‘Cash Out’ Kredit eMADANI di Media Sosial

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan pelbagai tawaran khidmat penebusan tunai (cash out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit RM100 eMADANI yang ditawarkan di media sosial.

hati-hati dengan penipuan ‘cash out’ kredit emadani di media sosial

Meskipun Kementerian Kewangan sudah memberi larangan dan amaran waspada terhadap perbuatan itu, namun masih ada yang mengambil kesempatan menawarkan khidmat penebusan kredit terbabut dengan alasan mempunyai kedai atau premis perniagaan secara fizikal.

 

Menjengah ke media sosial, terdapat pelbagai perkhidmatan penebusan kredit RM100 eMADANI dibuat pelbagai pihak, termasuk ada yang mengenakan caj tambahan bermula RM2 hingga RM10 setiap perkhidmatan.

hati-hati dengan penipuan ‘cash out’ kredit emadani di media sosial

hati-hati dengan penipuan ‘cash out’ kredit emadani di media sosial

hati-hati dengan penipuan ‘cash out’ kredit emadani di media sosial

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) telah menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan tawaran seperti ini yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

 

Tambah MOF lagi, ia adalah bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan scam dan juga kehilangan kredit yang diterima mereka.

 

"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai.

"Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang membabitkan pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai," kata MOF dalam satu kenyataan.

hati-hati dengan penipuan ‘cash out’ kredit emadani di media sosial

Sumber: FB / X