Impian Jadi Kenyataan, Hasbulla Akan Bertarung Di UFC

Pesohor media sosial, Hasbulla Magomedov secara rasmi mengumumkan akan bertarung dalam Ultimate Fighting Championship (UFC) tidak lama lagi.

impian jadi kenyataan, hasbulla akan bertarung di ufc

Dengan ketinggian 3 kaki 4 inci, Hasbulla yang kini berusia 20 tahun telah menandatangani kontrak lima tahun dengan sebuah syarikat.

 

Sejak September lalu, pertelingkahannya bersama bintang media sosial dan bintang UFC Irelad, Conor McGregor menjadi perbulanan ramai dan akhirnya kini kita mungkin dapat melihat pertarungan epik antara Hasbulla dan McGregor di gelanggang UFC tidak lama lagi.

 

Hasbulla dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada presiden UFC dan rakannya, Khabib Nurmagomedov kerana menjadikan impiannya sebagai satu kenyataan.

impian jadi kenyataan, hasbulla akan bertarung di ufc

"Khabar angin itu benar. Saya secara rasmi menandatangani perjanjian untuk bertarung di UFC! Butiran akan didedahkan menjelang akhir tahun ini," katanya di Instagram.

 

Hasbulla yang turut digelar sebagai ‘Mini Khabib’ sering menjadi perhatian ramai dengan 3.5 juta pengikut Instagram serta 4.3 bilion pengikut Tiktok menerusi pelbagai kandungan menarik di media sosialnya.

 

Sumber: Instagram / Awani