Harga Istimewa Tiket Penerbangan Kepada Pelajar IPTA Akan Diumum

Harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diumum dalam masa terdekat.

 

Demikian menurut Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung, serta pelaja dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar ipta akan diumum

Menurut beliau, walaupun ada penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

 

“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi, kita akan ada perancangan untuk pelajar membeli tiket dengan subsidi kerajaan,” kata beliau.

 

Sumber: BERNAMA