Akibat Hantar Pelajar Sekolah Guna Helikopter di Shah Alam, Kini Jadi Perhatian Polis

Kejadian yang berlaku pada 17 April lalu melibatkan pendaratan helikopter di sebuah kawasan lapang berhampiran taman perumahan dekat Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11, telah mencuri perhatian ramai pihak.

akibat hantar pelajar sekolah guna helikopter di shah alam, kini jadi perhatian polis

Penduduk tempatan merakamkan video pendaratan helikopter tersebut untuk menghantar seorang pelajar dari sebuah sekolah swasta berdekatan di Setia Eco Park.

 

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, Ketua Polis Daerah Shah Alam, menjelaskan bahawa setelah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut melalui video viral, siasatan menyeluruh telah dimulakan.

akibat hantar pelajar sekolah guna helikopter di shah alam, kini jadi perhatian polis

"Selepas menjalankan siasatan, didapati bahawa helikopter berkenaan berada di tanah selama kira-kira 15 minit sekitar pukul 8 pagi di kawasan lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11, Shah Alam. Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

 

Beliau juga menyebut bahawa kes ini telah dikategorikan sebagai kes Rujuk Agensi Lain (ROA) dan akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan yang sesuai.

 

Terdahulu, sebuah video viral yang beredar di media sosial pada hari Selasa menunjukkan pendaratan helikopter di kawasan lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11, Shah Alam.

 

@hheaven_boy Helikopter hantar anak sekolah#fyp#trendingnewsmalaysia#malaysianupdate#viral#helikopter#sekolah#beritaterkini#berita#beritatiktok ♬ Wicked Intentions - Carl Matthews

 

Video tersebut telah membangkitkan rasa kurang senang ramai pengguna internet yang mempertikaikan kejadian tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian