Wanita Ini Hampir Hilang Nyawa Lepas Makan Donut Peach Viral

Sejak akhir-akhir ini, tular di media sosial sejenis buah-buahan yang kelihatannya seperti donut, yang dikenali sebagai ‘donut peach’.

wanita ini hampir hilang nyawa lepas makan donut peach viral

Buah pic ini dikatakan mempunyai khasiat seperti vitamin C, vitamin A, potasium dan juga fiber. Rasa buah ini sangat sedap dan harganya pula agak mahal kerana ia diimport daripada luar negara.

 

Ketika ramai sedang menikmati dan merasai sendiri keistimewaan menu yang sedang viral ini, seorang wanita kurang bernasib baik selepas 15 minit menikmati sebiji donut peach hingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

wanita ini hampir hilang nyawa lepas makan donut peach viral

Berkongsi pengalamannya menerusi Tiktok, wanita itu pada mulanya berasa kurang selesa pada perut atau sebu dan muntah, serta gatal-gatal pada lengan selepas mencuba buah donut peach viral.

 

“Makan dalam 15 minit, sebu muntah-muntah, naik biji-biji gatal-gatal. Terus kena pergi wad kecemasan, perlu cucuk, baru jadi manusia balik (pulih).

“Kalau tak cucuk, macam beruk dok garu-garu. Ini pengalaman aku makan buah viral, berbaki lagi 3 biji suruh laki aku sajalah makan,” kongsinya.

wanita ini hampir hilang nyawa lepas makan donut peach viral

 

@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku 😭 sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 😥 terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik 😢 kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 😓 ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan 😑 sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases ♬ suara asli - 𝙁en 𝘽kan 𝙎ad𝘽oy🎭

 

Menurutnya lagi, doktor menasihatkan beliau untuk berhenti menggaru namun dia tidak tahan dengan rasa gatal, lebih-lebih lagi pada bahagian muka.

 

“Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti. Muka rasa pedih-pedih, perut sebu angin tak keluar. Muntah-muntah lagi.

“Makan buah tu tak lama pun, dalam 15 minit macam tu saja terus ada kesan. Ini pengalaman saya makan buah donut peach viral tu, lain orang lain rasanya.

“Bukan saya gila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya bagi, saya hargai. Saya pun tak salahkan dia. Harap jelas ya,” terangnya lagi.

 

@sherynaaa02 Membalas kepada @kakakyun doc cakap stop garu2 , tapi sumpah xleh stop .. muka rasa pedih2 , perut sebu angin xkuar ... Muntah2 lagi . Makan buah tu xlama pun . Dalam 15 minit mcm tu ja terus rasa effect . Ini pengalaman saya makan buab donut peach viral tu , lain org lain rasanya . Bila jadi mcm ni sya pun tak sangka , memang sesak nafas dah rasa mcm separuh nyawa 😥 nasib suami ada baru balik keja , kalau tak xtahu laa mcm mana 😫 bkan sya gila2 nak terjebak sbab viral , kwan sya bagi sya hargai , sya pun tak salahkan dia . Harap jelas yaaa #donutpeachviral #emergencycases #elergikalahan ♬ suara asli - 🖇𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️ - 𝙙𝙚𝙙𝙚 𝙚𝙣𝙮 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙘

 

@sherynaaa02 Membalas kepada @narcs79 Gigih google , hehe #elergikalahan #emergencycases #donutpeachviral ♬ original sound - vibey music 🎶 🕺 🪩

 

Orang ramai dinasihatkan untuk terlebih dahulu membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran yang baru dibeli sebelum dimakan. Dapatkan juga nasihat doktor untuk sebarang alahan makanan sebelum anda mencuba sesuatu.

 

Sumber: TikTok @sherynaaa02