Fenomena ‘Skibidi Toilet’, Guru Tadika Dedah Pengaruh Buruk Kartun Ini Pada Kanak-Kanak

Pengaruh televisyen dan gadget terhadap kanak-kanak merupakan isu yang semakin meningkat dalam masyarakat moden masa kini.  Kehadiran teknologi ini nyata telah mempengaruhi cara kanak-kanak berinteraksi, belajar, dan berkembang secara keseluruhan.

 

Penelitian menunjukkan bahawa penggunaan berlebihan televisyen dan gadget dapat memberikan kesan negatif terhadap perkembangan sosial, emosi, dan kognitif kanak-kanak.

 

Terbaharu, tular satu animasi di Youtube bertajuk “Skibidi Toilet” yang dikatakan telah memberi kesan negatif kepada kanak-kanak, dan beberapa video TikTok turut memaparkan perbuatan pelik anak-anak selepas menonton rancangan berkenaan.

fenomena ‘skibidi toilet’, guru tadika dedah pengaruh buruk kartun ini pada kanak-kanak

Seorang guru tadika, Najwa Ayub menerusi hantaran di Facebook mendedahkan sisi gelap kartun itu seperti adegan tembak-menembak, yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak.

fenomena ‘skibidi toilet’, guru tadika dedah pengaruh buruk kartun ini pada kanak-kanak

"Semuanya tanpa jalan cerita yang baik, lagu latar belakang juga sengaja diubah suai untuk meransang fikiran kanak-kanak untuk berpelakuan ganas.

"Sebab apa, kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun pemikiran dia baru nak berkembang jadi golongan seperti mereka memang dijadikan sasaran utama untuk kaut keuntungan.

"Otak mereka sedang berkembang pesat, anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka.

"Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek YouTube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna yang hanya menunjukkan keganasan semata, apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka," ujarnya.

 

Beliau yang merupakan seorang guru tadika di Pulau Pinang, turut berkongsi pengalaman apabila ada pelajarnya turut melakukan aksi aneh selepas menonton kartun tersebut.

 

"Saya ada jugak la nampak di tadika, beberapa pelajar yang mula buang barang dalam mangkuk tandas, dia nampak macam tertanya-tanya apa ada dalam itu.

"Kenapa mangkuk tandas, kenapa bukan tempat lain, memang tertanya-tanya lah kita.

"Sampai sekarang, baru terungkap semua misteri sebab 'Skibidi Toilet' punya pasal," jelasnya.

Hantaran oleh Najwa Ayub itu mendapat sokongan ramai yang turut meluahkan reaksi agar rancangan kartun itu disekat daripada ditayangkan di Malaysia.

 

Sumber: Facebook / Youtube