Meta Beri Amaran Admin Kumpulan Kena Aktif, Atau Diganti Dengan Orang Lain

Facebook merupakan salah satu medium media sosial yang popular di dunia. Ia digunakan untuk berinteraksi, berkongsi dan mewujudkan jaringan antara manusia.

meta beri amaran admin kumpulan kena aktif, atau diganti dengan orang lain

Antara fungsi lain yang wujud dalam Facebook adalah fungsi kumpulan, ataupun group. Setiap kumpulan akan mempunyai sekurangnya satu pentadbir atau admin.

 

Admin memainkan peranan penting dalam sesebuah kumpulan Facebook. Ada kumpulan Facebook yang mempunyai lebih daripada seorang admin, yang berfungsi sebagai moderator dan mengawal segala aktiviti dalam kumpulan.

meta beri amaran admin kumpulan kena aktif, atau diganti dengan orang lain

Baru-baru ini, Meta, syarikat yang mengendalikan Facebook, mengeluarkan amaran kepada setiap pentadbir kumpulan agar kekal aktif ataupun digantikan dengan individu lain.

meta beri amaran admin kumpulan kena aktif, atau diganti dengan orang lain

Notifikasi yang muncul dalam kumpulan di Facebook jelas menunjukkan satu bentuk amaran diberikan kepada admin kumpulan Facebook, atau menggantikan admin yang tidak aktif itu dengan individu lain dalam masa satu minggu.

 

"Jika satu kumpulan tidak mempunyai pentadbir, Facebook mungkin akan mencadangkan beberapa ahli lain untuk menjadi pentadbir berdasarkan beberapa syarat. Syarat-syarat ini termasuk tahap penyertaan mereka dalam kumpulan tersebut dan sama ada mereka adalah pentadbir bagi mana-mana kumpulan Facebook yang lain. Facebook juga mungkin akan menutup kumpulan tersebut jika tiada pentadbir untuk jangka masa tertentu," jelas Facebook dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Social Media Today