Queen Sayang Gamatkan Majlis Konvokesyen UiTM, “Wajah Manis, Nama Pun Unik!”

Bayangkan apabila anda dipanggil ‘sayang’ ketika nama graduan diumumkan untuk menerima skrol di pentas konvokesyen? Malah, lebih indah apabila anda juga merupakan graduan terbaik dalam kalangan graduan yang berada disitu.

 

Begitulah yang dirasai oleh gadis cantik dan bijak ini apabila dia menjadi tumpuan ramai sempena istiadat Konvokesyen ke-97 di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

queen sayang gamatkan majlis konvokesyen uitm, “wajah manis, nama pun unik!”

Menerusi pengumuman yang dibuat, gadis berkenaan yang mempunyai nama unik telah menerima Anugerah Naib Canselor menerusi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM.

 

“Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor, Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain,” demikian pengumuman yang dibuat.

 

Lebih mesra dengan panggilan Queen, gadis berusia 24 tahun ini meluahkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian ini.

queen sayang gamatkan majlis konvokesyen uitm, “wajah manis, nama pun unik!”

“Individu paling saya berterima kasih tentunya mama yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mama berpesan jangan putus asa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif.

“Saya pernah menangis ketika belajar, hampir putus asa sebab tak boleh buat kerana rasa susah sangat. Mama kata saya kena fikir positif dan boleh buat. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya,” katanya.

 

Menerusi hantaran di Tiktok, Queen yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik ini juga dibanjiri dengan ucapan tahniah, selain rata-ratanya turut memuji kecantikkan beliau.

 

@nurqueensayang Yes, I did it ✨ Alhamdulillah 🙈 #konvokesyenuitm97 #uitm #convocationday #capcut ♬ original sound - xxme7xx - netballfans

 

Menurut Queen lagi, beliau tidak merasa pelik dipanggil sayang kerana ia adalah sebahagian daripada namanya sendiri.

 

“Saya tak blushing sebab tak fikir apapun yang pelik kerana ia adalah sebahagian daripada nama saya dan menganggap sebagai perkara biasa apabila dipanggil Sayang.

“Malah, ramai ibu bapa lain datang tegur dan panggil saya Sayang bagi mengucapkan tahniah,” ujarnya.

 

@nurqueensayang Replying to @OnewithRMj ♬ original sound - Queen Sayang

 

Sumber: Isu Semasa