Gol Joseph Kalang Tie Ke Anugerah Puskas?

gol joseph kalang tie ke anugerah puskas?

Peminat muda bola sepak tempatan mungkin tak kenal dengan nama Joseph Kalang Tie. Tapi peminat yang mungkin berusia sikit ataupun tua (hahaha) sudah pasti mereka kenal dengan pemain kelahiran Sarawak ini.

 

Memulakan karier seniornya bersama Selangor, Joseph Kalang Tie kemudian berhijrah ke Terengganu pada 2008. Di Terengganu lah namanya mula dikenali ramai. Boleh beraksi di bahagian sayap, tengah dan kadangkala sebagai penyerang, Joseph disayangi penyokong skuad Penyu. Dia seorang pemain yang lincah, rajin, boleh menggerakkan serangan dan sudah tentu boleh menjaringkan gol.

gol joseph kalang tie ke anugerah puskas?

Bersama Terengganu, kemampuan Joseph semakin terserlah apabila memiliki rakan sepasukan yang cukup hebat. Abdul Hadi Yahya, Manaf Mamat, Ashaari Samsuddin dan Ismail Faruqi. Pasukan ini menjulang trofi Piala FA pada 2011 selain muncul naib juara Liga Super dan Piala Malaysia pada tahun sama.

 

Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal Joseph Kalang Tie ni? Haa, kalau korang nak tahu Joseph baru jaringkan gol dalam aksi pra musim bersama dengan Kuching City baru-baru ini. Tapi gol Joseph kali ni sangat istimewa. Sebabnya dia jaringkan gol daripada tengah padang!

gol joseph kalang tie ke anugerah puskas?

 

Dalam satu aksi pra musim berdepan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown, Joseph melakukan rembatan jarak jauh daripada kawasan Kuching City untuk menewaskan penjaga gol lawan. Kira-kira 70 meter jugak la jarak antara Joseph dengan gol Phnom Penh Crown. Lebih manis, gol tersebut hadir pada minit-minit akhir perlawanan dan berjaya bantu Kuching City seri 2 sama.

 

Ada juga pihak yang rasa gol Joseph Kalang Tie ni boleh dihantar untuk pencalonan Anugerah Puskas FIFA. FAM telah keluarkan kenyataan bahawa pihaknya perlu menilai terlebih dahulu sama ada gol tersebut memenuhi kriteria untuk dicalonkan pada anugerah berprestij itu. Harap-harapnya gol Joseph ni memenuhi kriteria yang diinginkan la betul tak?

 

Kalau korang masih belum tahu, satu-satunya pemain bola sepak Malaysia yang berjaya memenangi anugerah tersebut ialah Faiz Subri pada 2016. Kalau terlupa, boleh lah tengok gol Faiz ni.

Oleh: Karami Kamel