Air Naik Paras Peha, ‘Gamers’ Tegar Tak Berganjak Walau Cyber Cafe Banjir!

Cyber café merupakan tempat dimana kebanyakkan remaja pernah berkumpul sama ada bagi melayari internet, mahupun bermain permainan video. Ada juga yang sanggup menghabiskan masa seharian suntuk di cyber café tanpa menghiraukan apa yang terjadi di sekeliling mereka.

 

Itulah yang terjadi kepada sekumpulan remaja di Filipina yang tetap meneruskan permainan video walaupun kafe siber yang mereka kunjungi dinaiki air!

air naik paras peha, ‘gamers’ tegar tak berganjak walau cyber cafe banjir!

Menerusi rakaman yang tular, kumpulan remaja itu tidak berganjak daripada kerusi masing-masing meskipun ketika itu air sudahpun naik pada paras peha.

air naik paras peha, ‘gamers’ tegar tak berganjak walau cyber cafe banjir!

Tidak dapat dipastikan masa kejadian berlaku, video dan foto insiden itu dirakam oleh pemilik kafe siber yang terletak di bandar Cianta, Sio Samsom dan dikongsikan di Intenet.

air naik paras peha, ‘gamers’ tegar tak berganjak walau cyber cafe banjir!

Beliau juga cuba menasihatkan remaja itu untuk berhenti bermain kerana bimbang dengan keselamatan mereka yang boleh dihanyutkan banjir atau terkena renjatan elektrik.

 

"Kami tidak tahu air banjir akan naik pada hari itu. Saya segera bertindak dan memberitahu mereka bahawa saya harus memindahkan peralatan ke tempat yang lebih tinggi.

"Selepas itu baharulah mereka berhenti bermain dan keluar. Mujur tiada di antara kami yang tercedera," katanya.

 

Sumber: Metro UK