Sempena hari raya Aidilfitri yang bakal tiba, tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam telah dicadangkan untuk dipercepatkan kepada 14 April ini.
Cadangan itu dibuat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), bagi membolehkan penjawat awam membeli barang untuk persediaan menyambut hari raya yang dijangka disambut 22 April depan.
Ujar Presiden CUEPACS, pelaksanaan itu tidak melibatkan proses yang sukar selain ia dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan itu sendiri.
Selain itu, CUEPACS juga menyeru agar majikan di peringkat swasta untuk berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja.
Tambah lagi, CUEPACS juga berharap pembayaran gaji awal itu akan juga melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji 17 April ini.
Dalam pada lain, Perdana Menteri berkata akan mempertimbangkan supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.
Sumber: BERNAMA